Khidmat Penasihat Petronas Tun Abdullah Badawi Ditamatkan
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu temubual berkata bahawa kerajaan telah mengeluarkan notis penamatan perkhidmatan kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai penasihat Petronas. “Beliau diberi notis bahawa tempohnya dalam proses penstrukturan semula. Beliau akan digugurkan,” kata Dr Mahathir seperti yang dilaporkan oleh The Malaysian Reserve. Abdullah yang dilantik penasihat Petronas pada April 2016 akan dipecat daripada jawatannya semasa proses penstrukturan semula syarikat petroliam negara itu akan datang. Dr Mahathir berkata tiada keperluan untuk memiliki penasihat di Petronas kerana syarikat itu menunjukkan prestasi baik dan pencapaiannya diiktiraf di peringkat antarabangsa. “Petronas sebenarnya dinilai oleh para pelabur sebagai syarikat yang dikendalikan dengan baik. “Ini kerana orang di sana baik, kita tidak melihat sebagai tanda-tanda mencuri wang dan semua itu. “Mereka membayar gaji yang lebih baik tapi secara keseluruhan, prestasi mereka d...